
BANGKOK, 12 Jun – Puteri Thailand, Bajrakitiyabha Narendira Debyavati, mangkat pada usia 47 tahun di Hospital Universiti Chulalongkorn, di sini.
- Mengalami komplikasi termasuk jangkitan rongga abdomen, kolitis, tekanan darah rendah, aritmia dan masalah pembekuan darah.
- Telah koma hampir empat tahun selepas tidak sedarkan diri akibat masalah jantung semasa lawatan Disember 2022.
- Pemergian baginda disifatkan sebagai kehilangan besar bagi institusi diraja dan rakyat Thailand.
Baginda disahkan mangkat pada pukul 7.48 malam waktu tempatan.
Menurut kenyataan rasmi Istana Diraja Thailand, baginda mengalami komplikasi kesihatan termasuk jangkitan dalam rongga abdomen, radang usus besar (kolitis), tekanan darah rendah, gangguan rentak jantung (aritmia) serta masalah pembekuan darah.
Baginda sebelum ini berada dalam keadaan koma hampir empat tahun selepas tidak sedarkan diri akibat masalah jantung ketika melakukan lawatan ke wilayah Nakhon Ratchasima pada Disember 2022.
Susulan itu, baginda diterbangkan ke Bangkok menggunakan helikopter bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Walaupun pasukan perubatan telah memberikan rawatan rapi dan terbaik, keadaan baginda terus merosot dan menjadi semakin kritikal.
Pemergian baginda disifatkan sebagai satu kehilangan besar kepada institusi diraja Thailand serta rakyat negara itu. – REUTERS