Program Ziarah Kasih ruang erat hubungan, dekati golongan memerlukan

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil melawat Md Fozi Abdullah di kediamannya hari ini/ FB Datuk Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Program Ziarah Kasih menjadi ruang mendekati masyarakat selain mengingatkan bahawa masih ada individu yang berdepan dengan pelbagai cabaran hidup dan memerlukan perhatian dan sokongan di sebalik kesibukan kehidupan harian, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

RINGKASAN BERITA AI
  • Setiap ziarah membuka ruang memahami realiti kehidupan yang dihadapi mereka.
  • Mengunjungi warga di Kampung Pasir Baru dan Taman Seri Sentosa; menyantuni Md Fozi Abdullah, Chan Peng Keong dan Evangelin Miranda.
  • Beliau berharap kehadiran memberi makna, mengeratkan hubungan dan mendoakan mereka diberi kekuatan serta kesihatan lebih baik.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata setiap ziarah yang dilaksanakan membuka ruang memahami realiti kehidupan yang dihadapi mereka.

Foto FB Datuk Fahmi Fadzil

“Hari ini saya sempat lawat beberapa warga di Kampung Pasir Baru dan Taman Seri Sentosa dalam program Ziarah Kasih. Antara yang sempat saya santuni ialah Md Fozi Abdullah, Chan Peng Keong dan Evangelin Miranda.

Foto FB Datuk Fahmi Fadzil

“Semoga sedikit kehadiran dan perhatian ini dapat membawa makna, selain mengeratkan lagi hubungan sesama kita,” katanya.

Beliau, dalam pada itu, turut mendoakan agar mereka terus diberi kekuatan, dipermudah segala urusan dan dikurniakan kesihatan yang lebih baik.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.