UMNO teguh bersama Kerajaan Perpaduan

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Setiausaha Agung UMNO  / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Jun– UMNO tetap teguh dengan pendirian mendukung Kerajaan Perpaduan meskipun parti itu memutuskan untuk bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kekal terbuka menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
  • Sokongan berterusan terhadap Kerajaan Perpaduan selepas PRU15 selaras titah Yang di-Pertuan Agong sehingga pilihan raya akan datang.
  • Menolak dakwaan pengkhianatan; menegaskan mempertahankan mandat adalah amalan demokrasi berlandaskan Perlembagaan dan menyerahkan keputusan kepada rakyat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO juga kekal terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak demi kestabilan politik negara serta kesejahteraan rakyat.

Beliau menegaskan sokongan berterusan terhadap Kerajaan Perpaduan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) atas titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu sehingga pilihan raya akan datang.

Datuk Dr Asyraf turut menolak dakwaan bahawa keputusan UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan mandat di Johor merupakan satu bentuk pengkhianatan terhadap Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, beliau menyifatkan langkah itu sebagai amalan demokrasi yang sah dan berlandaskan Perlembagaan dengan menyerahkan mandat sepenuhnya kepada rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.