
UTSUNOMIYA, 9 Jun– Seekor beruang hitam yang berkeliaran di bandar Utsunomiya, Jepun akhirnya berjaya ditangkap.
- Pihak berkuasa menutup 94 sekolah rendah dan menengah untuk hari kedua berturut-turut bagi keselamatan penduduk.
- Rakaman udara menunjukkan pemburu menembak ubat pelali ke arah beruang sebelum memuatkannya ke dalam lori untuk dipindahkan.
- Insiden beruang meningkat; kerajaan tubuhkan pasukan khas dan Kementerian Alam Sekitar lapor 238 mangsa, termasuk 13 kematian pada 2025.
Kehadiran haiwan itu sebelum ini menyebabkan pihak berkuasa menutup 94 sekolah rendah dan menengah untuk hari kedua berturut-turut.
Rakaman udara menunjukkan pemburu menembak ubat pelali ke arah beruang itu sebelum memuatkannya ke dalam sebuah lori untuk dipindahkan.
Pihak berkuasa mengambil langkah berkenaan bagi memastikan keselamatan penduduk susulan beberapa laporan kemunculan haiwan itu di kawasan bandar.
Insiden melibatkan beruang dilaporkan semakin meningkat di Jepun, termasuk di kawasan penempatan dan bandar.
Bagi menangani keadaan itu, kerajaan Jepun menubuhkan pasukan petugas khas tahun ini bagi mengurangkan jumlah korban akibat serangan beruang.
Menurut Kementerian Alam Sekitar Jepun, sebanyak 238 mangsa serangan beruang direkodkan pada tahun 2025.
Jumlah itu termasuk 13 kematian, iaitu rekod tertinggi yang pernah dicatatkan.