Malaysia pelawa syarikat Jepun perluas pelaburan dalam bidang semikonduktor, teknologi

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menyampaikan ucapan alu-aluan pada mesyuarat meja bulat bersama 29 pemimpin perniagaan dan industri Jepun di sini, hari ini.

TOKYO, 9 Jun – Syarikat terkemuka Jepun dipelawa memperluas pelaburan dalam sektor teknologi tinggi di Malaysia ketika negara terus memperkukuh kedudukan sebagai hab semikonduktor dan teknologi serantau.

RINGKASAN BERITA AI
  • Malaysia memberi tumpuan lebih besar kepada industri semikonduktor dan mencatat pertumbuhan memberangsangkan dalam sektor elektrik dan elektronik.
  • Perdana Menteri mengadakan mesyuarat meja bulat dengan pemimpin perniagaan Jepun, disertai Menteri Pelaburan dan Menteri Pembangunan Usahawan.
  • Mempelawa penglibatan syarikat Jepun dalam teknologi baharu termasuk digital, kecerdasan buatan dan pengkomputeran kripto.
  • Pertemuan dengan enam syarikat Jepun memfokus kepada pelaburan strategik dalam tenaga, industri halal, AI dan teknologi pengkomputeran termaju.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia kini memberi tumpuan lebih besar kepada industri semikonduktor, selaras perkembangan pesat sektor berkenaan di negara ini.

“Malaysia telah muncul sebagai hab semikonduktor di rantau ini, selain mencatat pertumbuhan memberangsangkan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E),” katanya.

Datuk Seri Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan pada mesyuarat meja bulat bersama 29 pemimpin perniagaan dan industri Jepun di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim.

Perdana Menterei turut mempelawa penglibatan syarikat Jepun dalam bidang teknologi baharu termasuk digital, kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kripto.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dengan enam syarikat Jepun iaitu IBM Corporation, Mitsubishi Corporation, ENEOS Corporation, Shizen Energy Inc., DENSO Corporation dan Marubeni Corporation.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada potensi pelaburan dan perdagangan dalam sektor strategik termasuk tenaga, industri halal, kecerdasan buatan (AI) serta teknologi pengkomputeran termaju.

Usaha itu selaras fokus Malaysia untuk merancakkan pelaburan, memperkasa sektor berteknologi tinggi dan memperkukuh hubungan ekonomi Kuala Lumpur-Tokyo.

Datuk Seri Anwar berada di Jepun sempena lawatan rasmi selama tiga hari yang berakhir esok.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.