Kerajaan komited teruskan agenda pembangunan negara

Akmal Nasrullah Mohd Nasir/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan kekal komited untuk meneruskan agenda pembangunan negara dengan sasaran perbelanjaan pembangunan sekitar RM611 bilion bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), meskipun berdepan cabaran ketidaktentuan ekonomi dan krisis bekalan global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan komited meneruskan agenda pembangunan negara, memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi secara berstruktur.
  • Tahun 2026 dianggap tempoh mencabar; kerajaan mesti mengimbangi keperluan pembangunan dan pengurusan ekonomi dalam suasana krisis.
  • Ke arah peruntukan 2027, setiap perancangan diteliti menyeluruh dengan tadbir urus berkesan supaya peruntukan memberi manfaat langsung kepada ekonomi dan rakyat.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, komitmen tersebut akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek dan program berimpak tinggi secara berstruktur bagi memastikan pembangunan negara dilaksanakan dengan lebih terancang, sekali gus membolehkan Malaysia mencapai tahap kompleksiti ekonomi lebih baik.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui tahun 2026 merupakan tempoh yang mencabar kerana kerajaan perlu mengimbangi keperluan pembangunan dan pengurusan ekonomi dalam suasana krisis.

Justeru, ke arah persediaan peruntukan perbelanjaan 2027, kementerian akan memastikan setiap perancangan diteliti secara menyeluruh serta proses tadbir urus dilaksanakan dengan berkesan.

Usaha tersebut bertujuan memastikan peruntukan pembangunan dimanfaatkan untuk projek yang benar-benar memberi manfaat langsung kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

“Setakat hari ini, semua kementerian telah mengemukakan cadangan perancangan pembangunan masing-masing untuk tahun 2027.

“Di peringkat kementerian, ketika ini kita sedang meneliti perancangan tersebut melalui proses bidaan yang akan bermula bulan depan. Insya-Allah, saya juga akan mula meneliti daripada sudut perancangan kita untuk tahun 2027,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi ahli panel pada program Invest Malaysia di ibu negara.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa tahun 2026 merupakan tempoh mencabar kerana kerajaan perlu mengimbangi keperluan pembangunan dan pengurusan ekonomi dalam suasana krisis.

Ke arah persediaan peruntukan perbelanjaan 2027, kementerian akan memastikan setiap perancangan diteliti secara menyeluruh serta proses tadbir urus dilaksanakan dengan berkesan.

Usaha tersebut bertujuan memastikan peruntukan pembangunan dimanfaatkan untuk projek yang benar-benar memberi manfaat langsung kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.