BN yakin pertahan Johor, sasar tambah kerusi

FOTO BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 2 Jun – Barisan Nasional (BN) yakin mampu mempertahankan kerusi di Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menyasarkan memperoleh lebih daripada 40 kerusi DUN pada PRN Johor.
  • BN akan meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN berdasarkan asas kukuh.
  • Pencapaian kerajaan negeri dan inisiatif Belanjawan Johor dijangka menarik sokongan rakyat.

Malah, parti itu menyasarkan pertambahan kerusi berbanding pencapaian pada pilihan raya lalu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan pembubaran Dewan Negeri (DUN) Johor dibuat mengikut proses yang sewajarnya.

Jelasnya, kerajaan yang terbentuk di Johor ketika ini adalah kerajaan BN yang diwujudkan sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

Justeru, BN mempunyai asas yang kukuh untuk meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN sebagaimana dilakukan pada PRN lalu.

Beliau optimis pencapaian kerajaan negeri serta pelbagai inisiatif yang diumumkan menerusi Belanjawan Johor akan menjadi faktor penting dalam menarik sokongan rakyat.

Sasarannya, BN mampu memperoleh lebih daripada 40 kerusi DUN pada pilihan raya kali ini.

“Mudah-mudahan pengekalan ini akan dipertahankan dan kita mengharapkan pertambahan kerusi melebihi 40 sebagaimana yang pernah kita perolehi dalam pilihan raya negeri Johor yang lalu,”katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Konvensyen Ekonomi Usahawan Bumiputera (KEUB) 2026 di sini.

Sementara itu, mengulas mengenai senarai calon, proses perbincangan sedang dilakukan bersama parti-parti komponen BN yang lain.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.