
PARIS, 2 Jun – Bintang tenis wanita Belarus, Aryna Sabalenka meneruskan cabaran di pentas Grand Slam selepas melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis selepas menewaskan pemain sensasi Jepun, Naomi Osaka awal pagi tadi.
- Sabalenka menang straight 7-5, 6-3 selepas perlawanan sukar di Roland Garros.
- Osaka bermula garang, mendahului 2-0 selepas double fault Sabalenka.
- Pemain nombor satu dunia terus mengekalkan momentum untuk memburu gelaran Terbuka Perancis sulung.
Pada aksi di Roland Garros itu, Sabalenka dipaksa bekerja keras sebelum menang straight 7-5, 6-3.
Pada perlawanan itu, Osaka bermula garang apabila mendahului permainan 2-0 pada set pertama hasil kesilapan berganda (double fault) oleh Sabalenka.
Bagaimanapun, Sabalenka yang juga pemain nombor satu dunia bangkit dengan memperkemaskan rentak dengan asakan padu yang bertali-arus.
Asakan padu Sabalenka menyebabkan Osaka melakukan kesilapan mudah bagi memberikan kemenangan kepada Sabalenka 7-5 pada set pertama.
Memasuki set kedua, Sabalenka meneruskan momentum kemenangan dengan yakin sekali gus menutup peluang Osaka untuk bangkit dengan kemenangan mudah 6-3.
Kemenangan itu sekali gus memastikan impian pemain nombor satu dunia itu untuk memburu mahkota kejuaraan sulung Terbuka Perancis di gelanggang tanah liat terus menyala. – REUTERS