
MOSCOW, 29 Mei -Seorang lelaki maut dalam serangan dron Ukraine ke atas sebuah kilang kimia di selatan Rusia pada Jumaat, menurut pihak berkuasa wilayah.
- Seorang wanita 55 tahun cedera parah dan dikejarkan ke hospital selepas serangan, kebakaran berlaku di kilang dan beberapa lokasi lain.
- Pihak berkuasa wilayah memaklumkan semua kebakaran berjaya dipadamkan.
- Kementerian Pertahanan Rusia memaklumkan mereka memintas 208 dron; Kiev kerap mensasarkan kemudahan tenaga untuk menjejaskan hasil.
Gabenor wilayah Volgograd, Andrey Bocharov berkata, mangsa, 60 tahun itu terbunuh di sebuah syarikat gentian sintetik di Volzhsky.
Beliau berkata seorang wanita berusia 55 tahun turut cedera parah dan dikejarkan ke hospital dalam serangan yang turut mencetuskan kebakaran di kilang berkenaan serta beberapa lokasi lain.
Menurutnya, semua kebakaran berjaya dipadamkan.
Kementerian Pertahanan Rusia pula memaklumkan pihaknya berjaya memintas 208 dron Ukraine dalam serangan semalaman.
Sebagai tindak balas terhadap serangan harian sejak Rusia melancarkan operasi ketenteraan ke atas Ukraine pada 2022, Kiev kerap melancarkan serangan di wilayah Rusia dengan menyasarkan kemudahan tenaga bagi menjejaskan hasil minyak negara itu. – AFP