Qurban Perdana Kasih MADANI di Merbok, 2,000 penduduk terima daging

Foto AMK Kedah

MERBOK, 28 Mei -Hampir 2,000 penduduk sekitar parlimen Merbok menerima daging korban sempena Program Qurban Perdana Kasih MADANI Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Enam ekor lembu dikorbankan untuk korban.
  • Kamil Munim, Setiausaha Politik Menteri Kewangan dan Ketua AMK Malaysia, menyumbang beberapa haiwan korban.
  • Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan serta Ahli Parlimen Sungai Petani, menyumbang seekor lembu.
  • Majlis diadakan di Masjid Al Muhajirin, Taman Bandar Baharu, Sungai Lalang dan turut diisi dengan kenduri bersama rakyat.

Ketua AMK Kedah, Mohammad Fitri Ismail berkata, sebanyak enam ekor lembu telah dikorbankan pada program berkenaan.

“Kesemua haiwan korban tersebut disumbangkan oleh Setiausaha Politik Menteri Kewangan merangkap Ketua AMK Malaysia, Kamil Munim dan seekor lagi sumbangan oleh Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr. Mohammed Taufiq Johari,” katanya dalam satu kenyataan.

Program diadakan di Masjid Al Muhajirin, Taman Bandar Baharu, Sungai Lalang, dan turut diadakan kenduri bersama rakyat.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.