Pegawai polis dan isteri maut, empat anak cedera kemalangan di Paloh Hinai

Foto fail

PEKAN, 27 Mei -Seorang pegawai polis dan isterinya maut manakala empat anak mereka cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di kilometer 76, Jalan Kuantan-Segamat dekat Paloh Hinai, di sini awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.0 pagi apabila kereta hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.
  • Kereta mangsa dari arah Kuantan menghala Jempol; sebuah lagi dari Gelang Patah menghala Terengganu.
  • Empat anak mangsa, Muhammad Adib 18, Nur Arissa Safiya 15, Muhammad Aqil 13, Muhammad Akif 10, dirawat di Hospital Muadzam Shah.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa, Inspektor Syah Lokman Ludza Ramli, 50 tahun bersama isteri, Nurulfiza Ardiana Ambak, 46 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah yang dialami.

Ketua Polis Pekan, Superintenden Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, siasatan awal mendapati kereta mangsa dari arah Kuantan menghala ke Jempol, Negeri Sembilan manakala sebuah lagi kereta dari arah Gelang Patah, Johor menghala ke Terengganu.

“Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira pukul 3.0 pagi apabila kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Dalam kejadian itu, empat anak mangsa, Muhammad Adib, 18 tahun; Nur Arissa Safiya, 15 tahun; Muhmammad Aqil, 13 tahun dan Muhammad Akif, 10 tahun dirawat di Hospital Muadzam Shah, Rompin.

Manakala, pemandu kereta, Muhammad Syafiq Ali Ahmad, 26 tahun cedera ringan dan Nur Aqilah Musa, 26 tahun, yang mengandung 22 minggu cedera turut dirawat di hospital sama.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.