Arab Saudi perketat keselamatan di Mekah menjelang ibadah Haji

Foto REUTERS

MEKAH, 26 Mei -Arab Saudi mengerahkan pasukan keselamatan, menubuhkan sekatan jalan raya serta mengaktifkan sistem pertahanan udara di Mekah sebagai sebahagian persiapan menjelang ibadah haji.

RINGKASAN BERITA AI
  • Persiapan tumpu pada mengenal pasti dan mengurus isu lebih awal sebelum berlaku.
  • Memanfaatkan teknologi termasuk kecerdasan buatan dan analisis data untuk mengurus jumlah jemaah besar.
  • Pelan menekankan langkah pencegahan serta tindak balas kecemasan pantas di seluruh kawasan suci.

Komander Pasukan Keselamatan Haji Leftenan Jeneral Mohammed Abdullah Al-Bassami berkata, persiapan memberi tumpuan kepada usaha mengenal pasti dan menguruskan potensi isu lebih awal sebelum ia berlaku.

“Kami tidak mempunyai cabaran dalam erti kata sebenar. Kami mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan ketepatan yang tinggi,” katanya pada sidang media persiapan keselamatan di Mekah.

Beliau berkata Arab Saudi kini memanfaatkan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan analisis data bagi menguruskan jumlah jemaah yang besar.

Sementara itu, Mejar Jeneral Hamoud bin Suleiman Al-Faraj berkata, pihak berkuasa telah merangka pelan yang menumpukan kepada langkah pencegahan serta tindak balas kecemasan yang pantas di seluruh kawasan suci itu.

Sistem pertahanan udara ditempatkan di dalam serta sekitar Mekah, manakala anggota polis melakukan pemeriksaan permit masuk menggunakan telefon di sekatan jalan raya menuju ke bandar suci tersebut.

Pasukan keselamatan turut dikerahkan di sekitar Masjidil Haram, ketika jemaah mula tiba lebih awal bagi menunaikan ibadah haji. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.