Sindiket dadah tumpas, lelaki tempatan ditahan di Kulim

Foto RTM

KULIM, 24 Mei -Satu sindiket pengedaran dadah berjaya ditumpaskan dengan tertangkapnya seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun, pada 22 Mei lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Dadah jenis syabu seberat 6.3 kilogram dirampas, nilai dianggarkan RM315,000.
  • Polis menemui beg sandang dan beg plastik hitam di kerusi penumpang semasa serbuan.
  • Suspek didapati pengedar untuk pasaran tempatan menerima bekalan daripada Danok, Thailand.
  • Ujian air kencing positif Methamphetamine, ada rekod jenayah bawah Seksyen 381; ditahan reman hingga 28 Mei mengikut Seksyen 117.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, DSP Tengku Mohd Faisal Tengku Yeng dalam kenyataan berkata, dadah jenis syabu seberat 6.3 kilogram turut dirampas dengan nilai dianggarkan RM315,000.

“Dalam serbuan itu juga pihak polis telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan di tepi jalan Taman Kenari, Kulim. Hasil pemeriksaan pihak polis telah menjumpai satu beg sandang dan satu beg plastik berwarna hitam di atas kerusi penumpang hadapan yang dipandu oleh
suspek,” katanya.

Siasatan awal mendapati, suspek bertindak sebagai pengedar dadah bagi pasaran tempatan dan mendapat bekalan dadah daripada seorang individu yang tinggal di Danok, Thailand.

Hasil ujian saringan air kencing, suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau bawah Seksyen 381 Kanun Keseksaan turut positif dadah jenis Methamphetamine.

Suspek kini ditahan reman sehingga 28 Mei ini mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.