Terperdaya sindiket pinjaman wang, pengurus syarikat rugi RM167,050

Gambar hiasan

KOTA TINGGI, 24 Mei – Seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun mengalami kerugian sebanyak RM167,050 selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket pinjaman tidak wujud yang ditawarkan secara dalam talian.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iklan pinjaman palsu di Facebook menggunakan nama sebuah bank terkemuka.
  • Suspek minta bayaran kononnya untuk proses kelulusan dan mangsa buat sembilan pindahan ke sembilan akaun.
  • Mangsa buat laporan polis; kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, laporan diterima daripada mangsa lelaki itu semalam, mengenai penipuan pinjaman dipercayai diiklankan menerusi Facebook menggunakan nama sebuah bank terkemuka.

Kejadian bermula pada 21 Mei lepas apabila mangsa tertarik dengan iklan pinjaman peribadi yang menawarkan kelulusan pantas.

“Suspek kemudian meminta mangsa membuat beberapa bayaran kononnya bagi tujuan proses dan kelulusan pinjaman.

“Mangsa telah melakukan sembilan transaksi pindahan wang ke dalam sembilan akaun berbeza secara berperingkat untuk mendapatkan jumlah pinjaman yang dipersetujui, iaitu sebanyak RM500,000,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas gagal menerima pinjaman seperti dijanjikan sebelum membuat laporan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.