Pelajar UEC tetap perlu menduduki SPM – Anthony

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke/BERNAMA

JOHOR BAHRU, 17 Mei– Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) tidak menggantikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sebaliknya pelajar yang memiliki UEC tetap perlu menduduki
SPM sebagai syarat asas pendidikan negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 80 peratus pelajar UEC menduduki SPM dalam lima tahun lalu, menolak dakwaan tidak mengikuti dasar pendidikan kebangsaan.
  • Langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menangani isu ini disifatkan sebagai pendekatan berani selepas perbincangan lama.
  • Pengiktirafan UEC mesti dilihat sebagai isu pendidikan dan akses adil kepada pelajar, bukan isu politik atau pengabaian Bahasa Melayu.
  • Kerajaan akan terus perkukuh Bahasa Melayu sementara menggalakkan penguasaan Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dalam kalangan generasi muda.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata lebih 80 peratus pelajar UEC telah menduduki SPM dalam tempoh lima tahun lalu, sekali gus menolak dakwaan bahawa mereka tidak mengikuti dasar pendidikan kebangsaan.

Menurut beliau, langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menangani isu berkenaan disifatkan sebagai pendekatan berani selepas perkara itu dibincangkan sejak sekian lama.

Dalam masa sama, Anthony menegaskan pengiktirafan UEC perlu dilihat sebagai isu pendidikan dan akses yang adil kepada pelajar, bukannya isu politik atau pengabaian terhadap Bahasa Melayu.

“Jangan kita terperangkap dalam polemik ini. Isu UEC ialah isu pendidikan dan akses kepada ilmu. Hari ini, matlamat kita adalah untuk melihat anak-anak Malaysia menguasai pelbagai bahasa. Hebat Bahasa Melayunya, hebat Bahasa Cinanya dan hebat Bahasa Inggerisnya. Inilah aspirasi Kerajaan MADANI,” katanya.

Tegas Anthony, kerajaan akan terus memperkukuh Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, di samping menggalakkan penguasaan pelbagai bahasa dalam kalangan generasi muda.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.