
KUALA LUMPUR, 11 Mei – Gimnas negara, Ng Chun Chen mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa apabila berjaya meraih emas acara melombol (vault), FIG Artistic Gymnastics World Challenge Cup 2026 di Varna, Bulgaria
- Persekutuan Gimnastik Malaysia berkongsi berita kejayaan itu di laman Facebook.
- MGF menyifatkan ia sebagai pencapaian berprestij dan sejarah tersendiri, mengucapkan tahniah kepada Ng Chun Chen dan kontinjen Malaysia.
- Dalam acara melombol, Ng Chun Chen mengutip 14.183 mata untuk emas; perak dimenangi Bulgaria, gangsa milik Hungary.
Berita gembira itu dikongsikan dilaman Facebook Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF).

Menurut MGF, kejayaan itu juga adalah sejarah tersendiri buat Chun Chen.
“Satu pencapaian berprestij yang mengangkat nama Malaysia di pentas gimnas dunia.
“Tahniah kepada Ng Chun Chen dan kontinjen Malaysia. Ini memang satu peristiwa besar untuk gimnas artistik negara,” menurut MGF.

Dalam acara melombol itu, Chun Chen mengutip mata sebanyak 14.183 untuk meraih emas, manakala perak dimenangi gimnas tuan rumah, Bulgaria dan gangsa milik gimnas Hungary.