Zverev, Ruud mara ke pusingan 16 terbaik Terbuka Itali 2026

Alexander Zverev menumpaskan Alexander Blockx 6-1, 6-4 di pusingan 32 terbaik Terbuka Itali 2026. – Foto AFP

ROM, 11 Mei – Dua pilihan utama kejohanan Terbuka Itali 2026, Alexander Zverev dan Casper Ruud, mara ke pusingan seterusnya selepas mencatat kemenangan selesa dalam aksi pusingan 32 terbaik.

RINGKASAN BERITA AI
  • Alexander Zverev menewaskan Alexander Blockx 6-1, 6-4 dalam perlawanan kurang 90 minit.
  • Casper Ruud menyingkirkan Jiri Lehecka 6-3, 6-4 melalui kemenangan straight set.
  • Learner Tien pilihan kesembilan dan Lorenzo Musetti pemain tuan rumah mengesahkan tempat ke pusingan berikutnya.

Zverev dari Jerman menewaskan Alexander Blockx 6-1, 6-4 dalam perlawanan yang berlangsung kurang 90 minit.

Casper Ruud tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Jiri Lehecka menerusi kemenangan straight set 6-3, 6-4. – Foto AFP

Pemain dari Norway, Ruud pula tidak berdepan masalah untuk menyingkirkan Jiri Lehecka menerusi kemenangan straight set 6-3, 6-4.

Turut mengesahkan tempat ke pusingan berikutnya ialah pilihan kesembilan, Learner Tien, serta pemain tuan rumah Lorenzo Musetti. – Reuters