
- Tunku Mahkota menghargai komitmen kerajaan negeri memperkasa kebajikan rakyat.
- Menegaskan keperluan mempercepat pelaksanaan Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor dan Singapura.
- RTS penting memastikan kesiapsiagaan Johor menghadapi peningkatan pergerakan rakyat dan menyokong pertumbuhan ekonomi.
- Menyeru percepatkan pertimbangan dan kelulusan demi mewujudkan pengangkutan awam yang menyokong kesejahteraan Johor.
JOHOR BAHRU, 30 April – Pelbagai inisiatif kerajaan Johor yang memberi manfaat kepada rakyat wajar diteruskan, termasuk pemberian Bantuan Kasih Johor kepada lebih 550,000 penerima serta usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam.
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas komitmen dalam memperkasa kebajikan rakyat.
Baginda turut menegaskan keperluan mempercepatkan pelaksanaan Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Johor dan Singapura.
“Ia merupakan satu keperluan mendesak bagi emmastikan kesiapsiagaan Johor menghadapi peningkatan pergerakan rakyat.
“Saya berharap segala pertimbangan dan kelulusan dapat dipercepatkan demi memastikan sistem pengangkutan awam benar-benar menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan bangsa Johor,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar, di sini.