TVET laluan pelajar SPM bina masa depan

Foto hiasan

BALING, 30 April -Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh keputusan kurang cemerlang dalam bidang akademik disarankan untuk mengikuti program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

RINGKASAN BERITA AI
  • TVET memberi pelajar peluang tentukan hala tuju masa depan melalui pelbagai latihan kemahiran praktikal.
  • Yayasan akan menganjurkan Karnival Kerjaya TVET melibatkan agensi-agensi berkaitan untuk manfaat pelajar.
  • Program membawa agensi dan kolej komuniti untuk mengadakan sesi temu duga dan taklimat di kawasan setempat.
  • Kegagalan dalam satu aspek tidak bermakna gagal sepenuhnya; sokongan TVET membuka jalan alternatif dan peluang kerjaya.

Pengerusi Yayasan Pembangunan Ekonomi Rakyat Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkat, menerusi program TVET, para pelajar dapat menentukan hala tuju demi masa depan mereka denganp pelbagai latihan kemahiran turut ditawarkan kepada mereka.

Beliau memaklumkan, pihaknya akan menganjurkan Karnival Kerjaya TVET di kawasanya dalam tempoh terdekat yang turut melibatkan agensi-agensi berkaitan TVET.

“Mereka juga tidak dipinggirkan; sebaliknya kita membantu mereka melalui TVET dengan membawa semua agensi dan kolej komuniti berkaitan untuk hadir ke sini bagi mengadakan sesi temu duga dan taklimat. Saya ingin menegaskan bahawa kegagalan dalam satu aspek tidak bermakna kita gagal sepenuhnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Kepada Pelajar Cemerlang SPM 2025 daerah Baling, di sini.