Piala Itali: Inter berhempas pulas sebelum mara ke akhir

Para pemain Inter Milan meraikan kejayaan mara ke pentas akhir Piala Itali selepas menumpaskan Como 3-2/ AFP

MILAN, 22 April – Inter Milan mempamerkan kebangkitan luar biasa selepas ketinggalan dua gol untuk menewaskan Como 3-2 pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Hakan Calhanoglu meledak dua gol termasuk tandukan untuk menyamakan kedudukan dan menjadi wira tuan rumah.
  • Petar Sucic menyempurnakan hantaran Calhanoglu untuk menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir.
  • Inter menunggu pemenang Atalanta dan Lazio bagi menentukan lawan pada perlawanan akhir di Rom bulan depan.
  • Kemenangan ini menghidupkan peluang Inter untuk merangkul gelaran berkembar sambil mengekalkan kedudukan selesa di Serie A.

Kemenanagan itu sekali gus mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Itali dengan keputusan agregat yang sama.

Beraksi di San Siro, skuad kendalian Cristian Chivu itu pada awalnya kelihatan hampir tersingkir selepas pelawat mendahului menerusi jaringan menarik Martin Baturina dan Lucas Da Cunha pada awal babak kedua.

Bagaimanapun, tonggak tengah Hakan Calhanoglu muncul wira buat tuan rumah apabila meledak dua gol untuk menyamakan kedudukan, sebelum melakukan buat Petar Sucic yang menjaringkan gol kemenangan pada saat-saat akhir perlawanan.

Inter kini menanti pemenang antara Atalanta dan Lazio untuk aksi akhir yang dijadualkan berlangsung di Rom bulan depan.

Kedua-dua pasukan kini terikat dengan agregat 2-2 menjelang aksi timbal balik pada Rabu.

Jaringan tenang Sucic itu sekali gus memusnahkan impian Como untuk membuat penampilan sulung di pentas akhir

Kemenangan itu turut menghidupkan peluang Inter untuk merangkul kejuaraan berkembar (double) musim ini memandangkan mereka kini selesa mendahului saingan Serie A dengan kelebihan 12 mata di depan pencabar terdekat, AC Milan dan Napoli dengan baki lima perlawanan.

“Saya bertuah sedikit hari ini tetapi saya gembira kami berjaya bangkit. Como pasukan yang sukar kerana mereka tahu cara bermain dengan baik,” kata Calhanoglu kepada Mediaset.

“Liga dan piala adalah dua sasaran utama kami. Kami perlu memastikan gelaran Scudetto dimenangi secepat mungkin.”

Dalam perlawanan itu, Como yang disokong lebih 4,000 penyokong menguasai permainan pada awalnya menerusi gol Baturina pada minit ke-32 sebelum kapten pasukan, Da Cunha menggandakan kedudukan dua minit selepas rehat.

Tersentak dengan kedudukan 0-2, Inter mula memperkemaskan serangan dan usaha mereka membuahkan hasil apabila Calhanoglu merapatkan jurang pada minit ke-69 sebelum menyamakan kedudukan menerusi tandukan pada minit ke-86.

Sucic kemudian melengkapkan malam gemilang Inter apabila menyempurnakan hantaran Calhanoglu untuk memastikan kemenangan dramatik memihak kepada kelab gergasi Milan itu. – AFP