
KUALA LUMPUR, 9 April – Amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang dikeluarkan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, selain 11 negeri hingga 2 pagi Jumaat.
- MetMalaysia jangka cuaca buruk melanda Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
- Kedah terjejas di kawasan Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
- Johor terlibat membabitkan daerah Segamat.
- Sabah: Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan, Keningau; Sarawak: Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataannya memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda keseluruhan Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.
Di Kedah, kawasan terjejas meliputi Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Johor membabitkan daerah Segamat.
Amaran sama turut dikeluarkan di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman iaitu Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau.
Di Sarawak pula, kawasan terlibat ialah Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) serta Limbang.