Penggunaan getah dalam pelbagai produk diperluas

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

SAMARAHAN, 14 Mac- Penggunaan getah dalam pelbagai produk akan diperluas, termasuk sebagai bahan penurapan jalan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Langkah itu penting bagi memastikan pekebun kecil terus menikmati manfaat daripada kenaikan harga komoditi.
  • Beliau menyampaikan peruntukan pembangunan RM29.25 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak.
  • Seramai 120 individu menerima sumbangan bakul makanan; beliau turut menyertai penduduk dalam majlis berbuka dan solat berjemaah.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu penting bagi memastikan pekebun kecil terus menikmati manfaat daripada kenaikan harga komoditi berkenaan pada masa hadapan.

“Penurapan jalan akan dipergiat dengan penggunaan bahan berasaskan getah dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada bitumen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Santunan Kasih Ramadan dan Program Kemakmuran Pekebun Kecil RISDA Negeri Sarawak di Kampung Niup, di sini.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan peruntukan pembangunan berjumlah RM29.25 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Sarawak.

Selain itu, 120 individu menerima sumbangan bakul makanan asas.

Beliau kemudian menyertai penduduk kampung dalam majlis berbuka puasa, diikuti solat Maghrib, Isyak dan solat sunat Tarawih.