
KUANTAN, 14 Mac – Sebanyak tujuh kereta musnah sepenuhnya manakala lima lagi musnah 20 peratus dalam kebakaran sebuah bengkel di Batu 3, Jalan Gambang, di sini pagi tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- JBPM menerima panggilan sekitar pukul 6.15 pagi.
- 15 anggota dari BBP Indera Mahkota dan BBP Kuantan dihantar ke lokasi.
- Kebakaran membabitkan 12 kereta pelbagai jenis di luar bengkel.
- Tiada kemalangan jiwa; kebakaran dikawal sepenuhnya pada pukul 6.43 pagi. Punca dan nilai rugi disiasat.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar pukul 6.15 pagi.
Seramai 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Indera Mahkota dan BBP Kuantan dihantar ke lokasi.
Berdasarkan laporan, kebakaran membabitkan 12 kereta pelbagai jenis yang berada di luar bengkel.
Kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 6.43 pagi.
Setakat ini punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.