Kes lima sekeluarga maut di Cerating diklasifikasikan mati mengejut

PDRM

KUANTAN, 10 Mac – Laporan penting bagi melengkapkan siasatan kes kematian lima sekeluarga di Lorong Cerating Damai, di sini pada Februari lalu sedang diperhalusi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut atau SDR oleh Ketua Polis Pahang.
  • Polis merakam keterangan ahli keluarga dan lima lagi individu; menunggu laporan forensik dan kimia.
  • Siasatan awal mendapati seorang lelaki dipercayai membunuh empat ahli keluarga, kemudian membunuh diri.

Bagaimanapun Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman memaklumkan, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut atau sudden death report (SDR).

“Setakat ini, selain ahli keluarga, kita turut merakam lima lagi keterangan daripada individu lain termasuk rangkaian terdekat.

“Pihaknya masih menunggu laporan daripada beberapa agensi berkaitan termasuk laporan forensik dan kimia” katanya pada Majlis Peluncuran Rasmi PDRM Tanjung Putra 188 Fun Run and Fun Ride 2026 di Kuantan, Pahang.

Pada 17 Februari lalu, lima sekeluarga terdiri daripada seorang lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak perempuan berusia tiga dan empat tahun ditemukan maut dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Cerating.

Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai bertindak membunuh empat ahli keluarganya sebelum membunuh diri.