Banjir Sipitang: 198 penduduk berlindung di dua PPS pagi ini

Foto APM Sipitang

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Seramai 198 orang daripada 94 keluarga yang terjejas banjir di Sipitang, Sabah berlindung di dua pusat pemindahan sementara (PPS), pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • PPS Dewan SK Padang Berempah menempatkan 93 orang daripada 45 keluarga pagi ini.
  • Dewan SMK Padang Berampah menempatkan 105 orang daripada 48 keluarga.
  • Hujan lebat sejak petang Selasa naikkan paras Sungai Mengalong, menyebabkan banjir kampung berdekatan.
  • Dua PPS dibuka di Kota Kinabalu sebagai persediaan awal, tetapi belum menempatkan penduduk.

Menurut portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), PPS di Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berempah menempatkan 93 orang daripada 45 keluarga, manakala 105 orang daripada 48 keluarga berlindung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berampah.

Hujan lebat sejak petang Selasa menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mengalong, Sipitang seterusnya mengakibatkan banjir di kawasan kampung berhampiran.

Sementara itu, dua PPS dibuka di Kota Kinabalu sebagai langkah persediaan awal, namun setakat ini belum menempatkan penduduk terjejas.