
NEW DELHI, 14 Januari – Dua kes virus Nipah dikesan dalam kalangan petugas kesihatan di negeri Benggala Barat di timur India, disahkan seorang pegawai tempatan pada Selasa, lapor Xinhua.
- Dua petugas kesihatan di Bengal Barat dikesan positif virus Nipah dan kini berada dalam keadaan kritikal.
- Kerajaan negeri mengeluarkan amaran kepada semua kemudahan kesihatan dan mengesan kontak rapat.
- Ini adalah kebangkitan pertama Nipah di negeri itu selepas hampir dua dekad; protokol kesiapsiagaan telah disahkan.
Kedua-dua mangsa, seorang lelaki dan seorang wanita, berada dalam keadaan kritikal dan hospital tempatan sedang bersiap sedia untuk menangani sebarang kemungkinan peningkatan kes dalam beberapa hari akan datang, menurut laporan dalam talian oleh Indian Express.
Kerajaan negeri Benggala Barat mengeluarkan amaran kepada semua kemudahan kesihatan di seluruh negeri itu, sementara pihak berkuasa mengesan semua individu yang pernah mempunyai kontak dengan jururawat yang dijangkiti, menurut laporan berkenaan.
Ini kali pertama virus Nipah kembali dikesan di negeri itu selepas hampir dua dekad, menurut laporan media tempatan lain.
Sementara itu, Setiausaha Kesihatan Benggala Barat Narayan Swaroop Nigam memberi jaminan kepada orang ramai yang negeri itu bersedia sepenuhnya dengan protokol kukuh sedia ada.- BERNAMA-XINHUA