Banjir Selangau: 236 penduduk terjejas banjir

Hujan berterusan sejak pagi tadi telah menyebabkan paras air Sungai Arip naik mendadak hingga mengakibatkan banjir di beberapa rumah panjang/Foto JBPM

SELANGAU, 10 Januari — Seramai 236 penduduk terjejas banjir yang terdiri daripada 63 Ketua Isi Rumah (KIR) dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Arip.

RINGKASAN BERITA AI
  • 236 penduduk dipindahkan ke PPS SK Bukit Arip akibat banjir dari kawasan Rumah Jambai, Rumah David, Rumah Janting dan Klinik Sungai Arip.
  • Penghuni yang terjejas termasuk 117 lelaki, 119 perempuan, kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU.
  • Keadaan di Pusat Pemindahan Sementara dilaporkan baik dan terkawal setakat ini menurut pegawai pertahanan awam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Selangau Leftenan (PA) Luke Douglas Dongum berkata mereka terdiri daripada penghuni dari Rumah Jambai, Rumah David, Rumah Janting serta kawasan Klinik Sungai Arip.

“Daripada jumlah keseluruhan individu yang dipindahkan, seramai 117 lelaki dan 119 perempuan terlibat, temasuk kanak-kanak, bayi, warga emas serta golongan Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya kepada RTM.

Tambah beliau, setakat ini tiada pertambahan individu direkodkan dan keadaan di PPS berada dalam keadaan baik serta terkawal.