Bantuan kemanusiaan kembali bergerak ke Gaza

RAFAH, 20 Oktober – Lori-lori bantuan yang membawa bekalan bahan api, selimut dan makanan ke Gaza telah kembali bergerak dari Rafah, Mesir pada Isnin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan kemanusiaan membawa bahan api, selimut dan makanan kembali bergerak dari Rafah ke Gaza.
  • Penghantaran disambung semula selepas tekanan diplomatik daripada Amerika Syarikat.
  • Israel sebelum ini menghentikan bekalan sebagai tindak balas dakwaan pelanggaran gencatan oleh Hamas.
  • Serangan yang mengorbankan dua anggota tentera Israel mencetuskan siri serangan udara membunuh 26 orang.
  • Presiden AS menyatakan gencatan senjata masih berkuat kuasa walaupun kedua pihak saling menuduh melanggarnya.

Penyambungan semula penghantaran bantuan itu berlaku susulan tekanan daripada Amerika Syarikat (AS).

Menurut sumber keselamatan, ia berlaku tidak lama selepas Israel mengumumkan penghentian bekalan sebagai tindak balas terhadap apa yang didakwanya sebagai pelanggaran “terang-terangan” oleh Hamas terhadap gencatan senjata.

Semalam, tentera Israel berkata bahawa gencatan senjata di Gaza telah disambung semula selepas satu serangan yang mengorbankan dua askarnya dan mencetuskan siri serangan udara yang menyebabkan 26 orang terbunuh.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata, gencatan senjata yang diusahakannya masih berkuat kuasa namun kerajaan Israel dan Hamas saling menuduh antara satu sama lain melanggar perjanjian tersebut sejak beberapa hari lalu. – REUTERS