KUALA LUMPUR, 14 Oktober -Malaysia berhasrat menghantar pakar dan sukarelawan perubatan ke Gaza bagi membantu penduduk yang cedera dan sakit akibat konflik berterusan.
- Malaysia bercadang menghantar pakar dan sukarelawan perubatan ke Gaza untuk membantu mangsa cedera dan sakit akibat konflik.
- Perdana Menteri akan berhubung dengan Presiden Mesir untuk memohon laluan kemasukan melalui sempadan Rafah.
- Kerajaan anggap kehadiran pasukan perubatan di Gaza lebih berkesan daripada membawa mangsa keluar untuk rawatan di luar negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bagi memohon laluan kemasukan melalui sempadan Rafah.
“Daripada kita bawa mereka (rakyat Gaza) ke sini, lebih baik kita bawa pakar kita dan bantuan merentas masuk melalui Rafah dan membantu rakyat Palestin,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menegaskan, kehadiran pasukan perubatan Malaysia di Gaza lebih berkesan dalam memberi rawatan segera kepada mangsa berbanding membawa mereka keluar untuk dirawat di negara lain.