Malaysia Masters 2025: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir

KUALA LUMPUR, 24 Mei – Harapan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, untuk mara ke pentas final Malaysia Masters 2025 tidak kesampaian selepas tewas kepada pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, dalam pertarungan tiga set yang penuh dramatik.

Pasangan pilihan keempat kejohanan itu tewas 16-21, bangkit di set kedua dengan 21-15, namun gagal mengekalkan momentum apabila tunduk 14-21 di set penentuan kepada beregu ranking ke-15 dunia itu.

Walaupun mempamerkan semangat juang tinggi, kekalahan ini menamatkan kemaraan Pearly-Thinaah di separuh akhir dan menangguhkan impian mereka untuk bergelar juara di laman sendiri yang sebelum ini mencipta momentum positif selepas muncul juara di Terbuka Thailand.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.