Penunggang motosikal maut rempuh belakang kereta

Foto Polis Daerah Kuching

KUCHING, 31 Mac – Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh bahagian belakang sebuah kereta di Jalan Kwong Lee Bank kira-kira pukul 8.40 pagi, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jalan licin menyebabkan mangsa tidak sempat memberhentikan motosikal.
  • Mangsa cuba mengelak kereta yang berhenti di lampu isyarat.
  • Mangsa terjun dari motosikal sebelum badannya tercampak di belakang sebuah kereta.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak, kes disiasat bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Alexson Naga Chabu dalam kenyataan memaklumkan, mangsa dilaporkan tidak sempat memberhentikan motosikalnya berikutan jalan licin.

“Susulan itu mangsa telah terjun dari motornya sebelum badannya tercampak di belakang sebuah kereta.

“Siasatan awal polis mendapati mangsa ketika itu cuba mengelak kereta di hadapan yang berhenti di lampu isyarat,” menurut kenyataan itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Kes disiasat bawah seksyen 41, kurungan 1 akta pengangkutan jalan 1987.