Adab Raya: Berkomunikasi dengan sopan ketika ziarah

Bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Adab dan nilai kemanusiaan perlu terus diamalkan walaupun dalam suasana meriah sambutan Hari Raya Aidilfitri.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jangan lalai dengan harta dan anak-anak; kekalkan iman dan simpati terhadap yang berduka.
  • Bayar zakat sebelum Aidilfitri untuk bantu golongan kurang upaya menikmati kegembiraan bersama.
  • Berkomunikasi dengan sopan ketika menziarahi; amalkan adab, maaf-memaafi dan eratkan silaturahim.

Pensyarah Kanan Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM), Dr Norazam Khair Mohd Ithnin berkata orang ramai perlu berkomunikasi dengan sopan ketika menziarahi.

Beliau berkata Aidilfitri bukan sekadar sambutan, tetapi masa untuk tunjuk nilai murni dalam hubungan sesama manusia.

“Konsep dia jangan lalai dengan harta dan juga anak-anak daripada mengingati Allah. Konsep dia dekat situ adalah iman. Jadi, orang yang mana dia itu sedang suka, dia kalau dia ada setitis iman dia takkan boleh melihat saudara dia itu berduka.

“Sebab itu kita sebelum kita nak beraya kita kena buat apa? Bayar zakat betul? Bayar zakat untuk apa? Untuk bantu orang-orang yang kurang upaya supaya dia dapat merasai nikmat dan gembira bersama dengan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mejadi tetamu menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia Edisi Khas Raya di Angkasapuri Kota Media.

Hari Raya Aidilfitri ialah perayaan umat Islam yang menandakan berakhirnya Ramadan, disambut dengan ibadah, saling bermaafan dan mengeratkan hubungan silaturahim.