
KUALA LUMPUR, 2 April -Sejumlah 13 kelab bola sepak akan berentap merebut kejuaraan FAS Women Super League (WSL) 2026.
- Kelab-kelab dibahagikan Kumpulan A dan B termasuk Galaxi Girls, BT3W Perak, Velocity FC, SSS Leopard dan Selangor FC.
- Presiden SSS Leopard puji FAS dan penaja, kata liga beri platform terbaik dan kini menarik pasukan dari luar Selangor.
- Pengurus Velocity FC kata penyertaan kali kedua memberi peluang pemain remaja tunjuk bakat dan kembangkan potensi.
Antara kelab yang bertanding termasuk Galaxi Girls FC, BT3W Perak, KL Havana, Velocity FC, KL Spicegals, SSS Leopard FC dan Selangor FC yang berada dalam Kumpulan A.
Bagi Kumpulan B, ia dibarisi MBPJ, Sternen FC, KL Rangers, Wangsa Maju City FC, SSMP dan FC Japan Malaysia.
Presiden SSS Leopard FC, Ihsan Mohammad berkata, penganjuran FAS WSL itu sudah masuk tahun tahun kelima dan pihaknya sangat berpuas hati dengan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) yang mengadakan satu platform untuk pemain bola sepak wanita.
“Tahun ni ada pasukan-pasukan dari luar selangor pula yang akan bertanding, sama-sama bertanding dalam perlawanan pada perlawanan liga jadi memang sokongan dan platform yang disediakan oleh Persatuan Bola Sepak Selangor dengan sokongan penaja-penaja semua memang amat terbaiklah untuk pemain-main bola sepak wanita,” katanya selepas majlis undian dan pelancaran FAS WSL, semalam.
Sementara itu, Pengurus Velocity FC, Dr. Shuhairy Nurhisham berkata, ia merupakan penyertaan kali kedua mereka dalam liga itu dan mereka merupakan antara pasukan akar umbi Selangor untuk beliau berumur 14 hingga 16 tahun dan kemudiannya meningkat kepada 18 dan 19 tahun.
“Ini merupakan satu platform yang terbaiklah untuk mereka untuk menunjukkan bakat memandangkan mungkin pertandingan peringkat remaja kurang dan inilah peluang mereka untuk bersama-sama idola mereka di dalam pasukan-pasukan yang lain jadi peluang yang terbaik untuk mereka menunjukkan bakat dan memperkembangkan potensi masing-masing,” katanya.