fb fb fb fb fb

'The Pocket Rocketman' Malaysia pertimbang semula keputusan bersara

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang

SEPANG, 13 Ogos- Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang bersedia untuk mempertimbangkan semula keputusan persaraannya.

Atlet berusia 36 tahun itu memaklumkan beliau memerlukan sedikit ruang untuk berbincang bersama ahli keluarganya dalam menentukan perkara berkenaan.

Dalam pada itu beliau juga menyatakan masih tidak dapat menerima keatas insiden yang berlaku pada temasya Olimpik Paris 2024 itu.

"Saya tidak dapat buat apa-apa. Saya memang tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan itu. Sukar nak ungkapkan. Kita sebagai atlet elit ini, hidup kita makan, tidur memang untuk sukan, untuk negara."

"Bahkan, saya akui, keluarga pun jadi nombor dua. Apa-apa memang sukan dahulu, saya cuti pun masih lagi berlatih demi Olimpik," kata Azizul kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Beliau melalui pelbagai cabaran dalam kariernya untuk memburu pingat emas di sukan Olimpik.

Bagaimanapun, peluang itu terlepas daripada genggamannya selepas dibatalkan penyertaan dalam acara keirin kerana memotong 'derby' terlalu awal.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM