KUALA NERUS, 2 Januari- Kesemua pelayar Malaysia bakal menerima tentangan negara luar termasuk Thailand, Singapura dan India bagi saingan Terengganu Monsoon Challenge 2023.
Presiden Persatuan Pelayaran Terengganu, Ibni Amin Busu selaku penganjur berkata, ini sekali gus menjadi pentas ujian terbaik buat kesemua wakil negara.
Jelas Ibni Amin, kejohanan kali ini juga akan dijadikan platform bagi menghadapi Temasya Sukan SEA di Thailand pada 2025.
"Walaupun tidak banyak negara luar yang dapat kita tarik dengan kos yang kita ada, tetapi kehadiran para pelayar luar ini memberi saingan yang baik kepada wakil negara kita", katanya di sini.
Seramai 192 menyertai kejohanan kali ini dengan Singapura mendominasi penyertaan dari luar negara dengan mempertaruhkan tujuh orang pelayar diikuti tiga pelayar dari Thailand dan seorang pelayar dari India.