fb fb fb fb fb

Terbuka Artik: Aaron-Woi Yik mara

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik/Foto Facebook BAM

VANTAA, 10 Oktober-Beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen dengan bergaya apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Artik

Selepas menewaskan pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi dalam aksi straight set.

Pasangan di kedudukan keempat dunia itu tidak berdepan masalah apabila mudah menewaskan pasangan di kedudukan 21 dunia 21-18 di set pertama.

Situasi sama berulang pada set kedua dengan kemenangan 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung selama 45 minit.

Beregu lelaki utama negara itu sebelum ini terpaksa melupakan beberapa kejohanan utama susulan kecederaan retak tulang jari kaki kanan yang dihadapi Wooi Yik.

Di pusingan kedua hari ini, Aaron-Wooi Yik akan berdepan pasangan dari England , Ben Lane-Sean Vendy.

Sementara itu, Juara Terbuka China, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei selepas menewaskan pasangan Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Pada aksi pusingan pertama itu, beregu lelaki profesional negara agak goyah pada set pertama apabila tewas 11-21.

Bagaimanapun, semangat juang ditampilkan mereka akhirnya terbalas apabila bangkit memenangi set kedua 23-21.

Keyakinan terserlah apabila Izzuddin-Sze Fei menunjukan jalan keluar kepada gandingan Denmark selepas memenagi set ketiga 21-15.

Hari ini, Izzuddin-Sze Fei akan bertemu gandingan Jepun, Keny Mitsuhashi-Hiroki Okamura bagi perebutan tiket ke suku akhir.

Terdahulu, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mara ke pusingan kedua selepas menumpaskan pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnado-Bagas Maulana 17-21, 21-18, 21-12.

Pasangan itu akan bertemu gandingan Scotland, Alexander Dunn-Adam Pringle untuk aksi pusingan kedua.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD