fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel: Pasukan skuasy negara yakin bawa pingat emas

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Timbalan Chef de Mission negara, Gerard Monteiro percaya Malaysia mampu membawa pulang satu pingat emas dalam sukan skuasy pada temasya Sukan Komanwel 2022, Birmingham bulan depan.

Menurutnya, sasaran itu dilihat cerah untuk dicapai menerusi acara beregu wanita.

Menurut Monteiro, Persatuan Raket Skuasy Malaysia meletakkan gandingan Rachel Arnold dan S. Sivasangari untuk menggalas misi tersebut selepas mereka meraih pingat gangsa di Kejohanan Beregu Dunia, di Glasgow, Mei lalu.

Rachel dan Sivasangari sebelum ini pernah beraksi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia dan mereka dijangka berdepan cabaran sengit pemain-pemain berpengalaman dari India, New Zealand dan England pada temasya kali ini.

(Pemain skuasy kebangsaan, S. Sivasangari)

Sementara itu, S. Sivasangari berkata, kejayaan mereka meraih keputusan positif di Kejohanan Dunia di Glasgow baru-baru ini menjadi penyuntik semangat untuk mereka membawa pulang pingat emas pada Sukan Komanwel 2022.

"Bersama Rachel, kami mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan kami menduduki tempat ketiga dunia sebanyak dua dua kali,

"Saya rasa itu memberi kami keyakinan lebih tinggi dengan hanya beberapa minggu lagi untuk bekerja keras dan diharapkan agar kami berjaya memperoleh pingat," katanya kepada pemberita.

Sepanjang penyertaan Sukan Komenwel, sukan skuasy telah menghadiahkan 5 pingat buat kontinjen negara dengan dua kilauan emas, satu perak dan dua gangsa.

Media Baharu