fb fb fb fb fb

Sukan Komanwel: Pandelela gagal hadiahkan pingat

BIRMINGHAM, 5 Ogos - Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong gagal menghadiahkan pingat buat negara menerusi acara akhir 10 meter platform wanita apabila menduduki tempat ke-11 selepas mengumpul 260 mata keseluruhan.

Persaingan sengit terpaksa ditempuh beliau pada aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Sandwell.

Atlet berusia 29 tahun itu berjaya melakukan terjunan kemas di tiga terjunan pertama, namun gagal manarik perhatian juri di dua terjunan terakhir dengan hanya mengumpul 33.60 dan 44.80 mata.


(Aksi ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong dalam acara akhir 10 meter platform wanita
sempena Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Akuatik Sandwell/ Foto BERNAMA)

Ia sekali gus meletakkan Pandelela di kedudukan kedua terakhir dari 12 peserta keseluruhan.

Emas menjadi milik penerjun tuan rumah, Andrea Spendolini Sirieix yang mengumpul mata keseluruhan 357.59 mata, manakala rakan senegara Lois Mae Toulson memenangi pingat perak dan Caeli Sierra Mckay dari Kanada dengan pingat gangsa.

Media Baharu