fb fb fb fb fb

SOPMA buka tirai 3 Disember ini

Foto KBS

KUALA LUMPUR, 15 November- Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) 2023 bakal membuka tirainya pada 3 Disember ini di ibu negara.

Presiden SOPMA, Ong Shin Ruenn memaklumkan segala persiapan untuk edisi ke-21 itu telahpun lengkap termasuk daripada segi venue dan perlatan-peralatan khas.

Sukan untuk golongan OKU pendengaran yang setaraf dengan Sukan Malaysia (SUKMA) tersebut bakal melibatkan lebih 1,000 peserta dan sukarelawan dari seluruh negara.

"Untuk acara sukan bagi sopma kita ada lima jenis sukan iaitu olahraga, badminton, bowling, futsal bagi wanita dan bola sepak bagi lelaki manakala peserta daripada 1,000 orang yang melibatkan 14 negeri dari seluruh Malaysia.

Kalau kita lihat atlet-atlet yang terlibat pula terdiri daripada sekolah yang berumur 15 hingga 17 tahun daripada sekolah pendidikan khas sehingga umur 18 tahun ke atas," kata Ong kepada pemberita di ibu negara.

Kali terakhir kejohanan itu diadakan ialah di Ipoh, Perak pada 2018 sebelum ditangguhkan akibat COVID-19.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM