fb fb fb fb fb

Skuad Jang akur kemampuan kewangan, dijangka hanya guna lima pemain import

SEREMBAN, 25 Januari- Kelab Bolasepak Negeri Sembilan (NSFC) dijangka hanya menggunakan khidmat lima pemain import berbanding sembilan yang dibenarkan, bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Pengendalinya, K. Devan berkata, penggunaan pemain import bergantung kepada kemampuan kewangan pasukan.

Bagaimanapun senarai nama pemain berkenaan masih dirahsiakan.

"Kita dalam proses mengenal pasti semua pemain import dan saya harapkan pengurusan akan buat keputusan dan umumkan senarai pemain import dalam masa terdekat bergantung kepada kemampuan kewangan kita sekurang kurangnya kita akan ambil lima pemain import," katanya.


(Pengendali NSFC, K. Devan)

Beliau ditemui media selepas aksi persahabatan antara Negeri Sembilan FC Penang FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Perlawanan tersebut dimenangi Penang FC dengan keputusan 2-1.

Dalam pada itu, Devan mengakui pihaknya tidak menghadapi masalah besar dalam membentuk sebuah pasukan mantap meskipun membawa masuk 14 pemain tempatan baharu musim ini.

Media Baharu