JUMAAT, 6 September – Pilihan kedua, Aryna Sabalenka, telah berjaya mara ke final Terbuka A.S. buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan Emma Navarro dari Amerika Syarikat dengan keputusan 6-3 7-6(2) di Stadium Arthur Ashe.
Dalam perlawanan separuh akhir tersebut, Sabalenka mempamerkan permainan yang cemerlang dengan menghasilkan lebih 34 pukulan dan menutup perlawanan dengan pukulan overhead untuk mata akhir perlawanan.
Naib juara tahun lalu itu memberikan tekanan terhadap pilihan ke-13 Navarro, meskipun terdapat sokongan padu daripada penyokong tuan rumah.
Navarro, yang telah mengejutkan juara bertahan Coco Gauff pada pusingan keempat, gagal menandingi kehebatan dan pengalaman Sabalenka.
Sabalenka akan bertemu Jessica Pegula pada perlawanan akhir pada Sabtu, 7 September.
Pegula melangkah ke final selepas menewaskan Karolina Muchova dari Republik Czech dengan keputusan 1-6 6-4 6-2 dalam separuh akhir kedua.- Reuters