fb fb fb fb fb

Pulih daripada trauma diculik, ibu bapa Luis Diaz diterbangkan ke England

Luis Diaz bersama ibu bapanya (foto kiri)

LIVERPOOL, 19 November- Liverpool telah menerbangkan ibu bapa bintang Colombia, Luis Diaz untuk menyambut Krismas di England selepas pulih daripada pengalaman pahit diculik di tanah air mereka.

Bapa Diaz dibebaskan minggu lalu selepas ditahan selama 12 hari oleh kumpulan gerila ELN.

Luis Manuel Diaz telah diculik bersama isterinya Cilenis Marulanda pada 28 Oktober.

Marulanda diselamatkan beberapa jam kemudian dan operasi mencari besar-besaran melalui darat dan udara dilancarkan untuk suaminya.

Luis Diaz telah bertemu semula dengan ibu bapanya sekembalinya ke Colombia untuk tugasan antarabangsa pada Selasa.

Penyerang Liverpool itu kemudiannya menjaringkan kedua-dua gol dalam aksi kemenangan 2-1 ke atas Brazil dalam kelayakan Piala Dunia.

Liverpool menyewa jet peribadi yang tiba di England pada Sabtu untuk ibu bapa Diaz dan ahli keluarga yang lebih ramai untuk menghabiskan musim perayaan di Merseyside.

The Reds mempunyai jadual perlawanan yang padat sekembalinya dari rehat antarabangsa dengan 11 perlawanan antara 25 November dan 1 Januari.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE