fb fb fb fb fb

Piala Malaysia: Victor Andrag ada rancangan jinakkan Negeri Sembilan FC

(Foto Kedah Darul Aman FC)

ALOR SETAR, 25 Oktober-  Menjelang Piala Malaysia 2022 Kedah Darulaman FC menentang Negeri Sembilan FC di laman sendiri pada perlawanan pertama Rabu ini.

Kapten Pasukan KDA FC Syazwan Zainon tidak mengambil mudah perlawanan pembukaan itu meskipun pernah tewas sekali dan seri sekali pada aksi Liga Super sebelum ini, selain yakin dengan perancangan pengendali sementara Victor Andrag.

Jelasnya Victor mempunyai perancangan dan ramuan tersendiri, apalagi KDA FC berkelebihan beraksi di laman sendiri.

"Kita pernah menentang menentang mereka meski tewas 4-3 namun untuk Piala Malaysia kita mengharapkan kelainan ditampilkan dengan Liga Super kita tidak serba menjadi tapi Piala Malaysia kita mendapat  semangat yang baru,” katanya ketika ditemui media ketika menghadiri pelancaran Rumah Sang Kenari X KDA FC di Alor Setar.

Tambahnya pasukan perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan menjaringkan gol awal ketika menentang skuad Jang kendalian K.Devan di Stadium Darulaman kelak. 


(Foto Kedah Darul Aman FC)

Media Baharu