fb fb fb fb fb

Piala AFF: Brendan Gan dan Faisal Halim bersama Dion dan Safawi, ketua pasukan di kem latihan pusat

(FOTO FB Football Association of Malaysia)

KUALA LUMPUR, 30 November- Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Kim Pan Gon telah melantik Brendan Gan dan Faisal Halim untuk bersama-sama Dion Cools dan Safawi Rasid sebagai ketua pasukan skuad Harimau Malaya bagi kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022.

Dion dan Safawi sebelum ini bersama Syafiq Ahmad merupakan tiga kapten Harimau Malaya ketika kempen 48th King's Cup 2022 di Chiang Mai, Thailand, September lalu tetapi dengan ketiadaan Syafiq bagi kem latihan pusat kali ini, Brendan dan Faisal telah dinamakan sebagai pengganti untuk membentuk gandingan empat kapten Harimau Malaya.

Saingan Piala AFF 2022 yang akan berlangsung bulan depan menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Myanmar, Singapura, Vietnam, dan Laos.

Skuad negara akan bertemu Myanmar di Yangon pada 21 Disember, Laos di Bukit Jalil pada 24 Disember, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember dan Singapura di Bukit Jalil pada 3 Januari.

Pada edisi lalu, Harimau Malaya kandas di peringkat kumpulan.


(FOTO FB Football Association of Malaysia)

Media Baharu