fb fb fb fb fb

Pemain muda diberi peluang beraksi menentang Chelsea

Slot bersedia turunkan pemain muda dalam baki perlawanan liga

LIVERPOOL, 2 Mei - Skuad The Reds akan menurunkan lebih ramai pemain muda pada baki empat aksi terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pengurusnya Arne Slot berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mereka berjaya merangkul gelaran juara buat kali ke-20 lebih awal Ahad lepas.

Menurut bekas pengendali Feyenoord itu, semua pemain layak untuk beraksi kerana menonjolkan prestasi terbaik semasa latihan.

Ahad ini Liverpool dijadual menentang Chelsea, diikuti Arsenal pada minggu seterusnya.

The Reds kemudiannya akan berdepan Brighton dan Crystal Palace pada dua perlawanan terakhir liga.

Slot dalam pada itu berkata masa depan pemain pertahanan Trent Alexander-Arnold di Anfield belum dapat dipastikan kerana tiada kontrak baru ditandatangani buat masa ini.

Ini selepas pemain antarabangsa England itu kekal dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

Sementara ayam tambatan Mohamed Salah dan ketua pasukan Virgil van Dijk pula telah selesai menandatangani kontrak baharu untuk kekal di Anfield.

JALALUDDIN BIN BAHARIN