fb fb fb fb fb

Paul, Joshua bakal berentap pada pertarungan heavyweight kontroversi

Bekas juara dunia heavyweight dua kali, Anthony Joshua ketika mengadakan sesi latihan terbuka di Miami/ REUTERS

MIAMI, 17 Disember – Petinju sensasi media sosial, Jake Paul dan bekas juara dunia heavyweight dua kali, Anthony Joshua mengadakan sesi latihan terbuka di Miami hari ini sebagai persiapan menjelang pertembungan kontroversi yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini.

Perlawanan itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan pemerhati tinju dunia, dengan sebahagian pihak mempersoalkan jurang pengalaman antara kedua-dua petinju serta tahap keselamatan Paul apabila berdepan Joshua yang terkenal dengan kekuatan pukulan.

1712 SKN BOXING HEAVYWEIGHT PAUL JOSHUA2
Petinju sensasi media sosial, Jake Paul ketika sesi latihan terbuka di Miami/ REUTERS

Paul mula menceburi arena tinju profesional pada 2020 dan setakat ini merekodkan 12 kemenangan dan satu kekalahan, termasuk tujuh kemenangan menerusi knockout.

Joshua pula merupakan bekas juara dunia heavyweight dan memiliki pengalaman luas menentang lawan bertaraf elit, sekali gus menjadikannya pilihan utama dalam pertarungan berkenaan.

Pertarungan lapan pusingan itu akan menggunakan peraturan rasmi tinju profesional dan turut disiarkan secara langsung di platform penstriman Netflix. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN