fb fb fb fb fb

Paris 2024: Skuad bola keranjang AS masih tiada tandingan, raih emas kelima berturut-turut

FOTO AFP

PARIS, 10 Ogos- Amerika Syarikat meraih gelaran juara bola keranjang lelaki Olimpik kali kelima berturut-turut pada Sabtu, menewaskan Perancis 98-87 untuk menambah koleksi pingat emas mereka kepada 17 setakat ini.

Ibarat perlawanan ulangan final Olimpik Tokyo tiga tahun lalu, LeBron James dan pasukan AS yang dipenuhi bintang NBA sekali lagi terbukti terlalu kuat untuk Victor Wembanyama, pemain sensasi yang dinobatkan sebagai NBA Rookie of the Year, serta rakan sepasukannya dari Perancis.

Perancis berjaya mengurangkan defisit 14 mata kepada tiga mata dengan baki 3 minit 04 saat, tetapi bintang Golden State Warriors, Stephen Curry, berjaya menjaringkan tiga mata dan bintang Phoenix Suns, Kevin Durant, mencatatkan dua lontaran percuma, sebelum Amerika Syarikat menamatkan perlawanan dengan bergaya,

Curry mengakhiri perlawanan dengan lapan jaringan tiga mata dan memimpin AS dengan 24 mata.

Durant dan Devin Booker masing-masing menambah 15 mata, manakala James mencatatkan 14 mata dengan enam rebound, 10 assist, satu steal dan satu blok.

Bagi Durant, ini merupakan pingat emas Olimpik keempatnya. James meraih pingat emas ketiganya, manakala Curry, juara NBA empat kali, mendapat pingat emas pertamanya dalam penampilan Olimpik pertama.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE