fb fb fb fb fb

MPFL 2024: Selangor FC dan Shah Alam City raih kemenangan tiga mata

Shah Alam City / Foto FB FAM

SHAH ALAM, 2 Jun - Shah Alam City kembali menemui rentak kemenangan selepas membenam Sabah FA, 6-2 dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia 2024 di Kompleks Sukan Nasional Panasonic, di sini pada Sabtu.

Dalam satu lagi aksi, Selangor FC mencatat kemenangan keempat liga selepas menundukkan Gombak TOT United, 3-2.

Pemain Shah Alam City, Isaias Figueiredo Caja Filho cemerlang selepas meledak hatrik, selain Zainal Abidin Hamzah juga meledak dua gol.

Pemain Import kelahiran Brazil, Kelwin Clayton Soares Alves turut mencetak nama selaku penjaring gol.

Isaias Figueiredo kini menerajui senarai penjaring terbanyak liga dengan 12 gol.

Dalam satu lagi aksi, Selangor FC turut meraih tiga mata selepas membenam cabaran Gombak TOT United.

Mohd Khairul Effendy dan Syahir Iqbal Khan berjaya meletakkan Selangor dihadapan pada minit kelima dan 22.

Pasukan Gombak TOT bangkit mengikat kedudukan menerusi gol Muhammad Syawal Sabaruddin dan Muhammad Syarifuddin MD Akhir.

Wellington Pereira Rodrigues muncul wira dengan gol kemenangan Selangor di penghujung babak permainan.

Selangor kini menduduki tangga keempat dengan 12 mata hasil empat kemenangan dan tiga kali tewas manakala Gombak TOT kekal ditangga keenam.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN