UNITED KINGDOM, 9 Mac - Liverpool semakin menghampiri gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini apabila bangkit menumpaskan Southampton 3-1 di Anfield.
Skuad 'The Reds' yang turun dengan skuad terkuat terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan Will Smallbone pada penghujung babak pertama.
Bagaimanapun keadaan itu tidak melemahkan semangat Liverpool yang kembali menyamakan kedudukan menerusi Darwin Nunez pada minit ke-51.
Mohamed Salah membuktikan status sebagai tonggak utama pasukan apabila menambah dua gol masing-masing menerusi sepakan penalti.
Jaringan ke-27 musim ini membolehkan pemain kelahiran Mesir itu menyamai rekod Sergio Aguero sebagai penjaring kelima terbanyak dalam sejarah EPL.
'The Reds' kini selesa menguasai kedudukan teratas dengan 70 mata.
16 mata di depan Arsenal yang bermain kurang dua perlawanan.