fb fb fb fb fb

Liga Super: Penang FC kalahkan Terengganu FC 2-1

(FB Team Malaysia)

GEORGE TOWN, 23 Jun- Kemenangan pertama Penang FC dalam saingan Liga Super musim ini menewaskan Terengganu FC 2-1 di Stadium Bandaraya diharap menjadi pencetus moral kepada pemain untuk terus meningkatkan corak permainan pada masa akan datang.

Bagi pengendali skuad Harimau Kumbang Zainal Abidin Hassan, kesungguhan anak buahnya untuk memperoleh tiga mata penuh adalah sesuatu yang amat diharapakan selepas berada di tangga tercorot liga.

"Alhamdulillah,saya amat bangga dapat kekalkan," kata Zainal Abidin

Gol Penang FC dijaringkan Hilal Al Helwe dan T.Saravanan manakala gol Terengganu diperoleh menerusi Faisal Halim.

(Pemain pasukan Terengganu FC Kpah Sean Sherman (kanan) bersama pemain pasukan Pulau Pinang Rafael Vitor Santos De Freitas ketika beraksi pada perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Bandaraya malam tadi/BERNAMA)

Sementara itu Ketua Jurulatih Terengganu FC Mohd Nafuzi Muhammad Zain berkata, pemainnya hilang fokus dan kelihatan ‘santai’ berbandiing pemain Pulau Pinang yang kelihatan bersungguh-sungguh pada awal permainan.

"Dari awal permainan satu sama. Pelbagai aspek perlu dibaiki untuk terus menguatkan pasukan Terengganu FC," kata Mohd Nafuzi.

Keputusan itu menyaksikan Penang FC naik ke tangga kesebelas liga manakala Terengganu FC kekal di tangga kesembilan.


Media Baharu